Hikayat Mimpi

04.50

Syahdan di alam mimpinya penulis hikayat ini - semoga bercucuranlah berkah dan panjanglah umur kepunyaan penulis ini -, terang jelaslah pemandangan pohon pohon pinus. Maka berjalan oranglah iaitu gerombolan madrasah dua cimahi beserta penulis hikayat ini.

Arkian berjalan jauh dengan ditutupi segumpalan awan, maka mendung jadilah. Apabila penulis sedang bercakap cakap, dijahilkanlah oleh sang Aqbil. Arkian kejadian itu, maka sebahagian gerombolan meliputi penulis pergi menentanglah jalan hingga muncullah jalan nan besar iaitu jalan raya. Jalan itu perempatan jenisnyalah, bilamana berbelok ke kiri maka dihadapkanlah sebuah pabrik pesawat. Bilamana lurus berjalan maka muncullah Mesjid yang wilayahnya banyak disertai rerumputan. Maka berjalanlah kami ke arah jalan yang tadi.

Kemudian dari mesjid dijalankanlah kekaki kami oleh kami seorang, maka sampailah kami di sebuah madrasah yang jelas dan nyatalah bahwa ia itu beroleh ukuran yang sedemikian kecilnya jika hendak dibandingkan dengan madrasah dua cimahi. Maka apabila kami melihatnya , kiranya muncullah rasa dari hati untuk bersyukur, tetapi tiada pun hal itu terjadi.

Arkian melewatinya, kami berhadapanlah dengan perumahan yang demikian hancurnya disebabkan tidak bagus. Maka dengan penglihatan zahir yang tiada hakiki , tampaklah air air hitam yang becek dimana mana disebabkan tadi hujan. Dihadapkanlah kami dengan kolam air hitam yang di atasnya ada sepasang kayu sebagai jembatan. Maka berjalanlah kami sebagai orang berjalan di sawah. Maka ketika itulah, penulis bersama Izzan hendak mencari jalan yang dipintaskan melalui gang, akan tetapi yang ditemukan hanyalah jalan buntu yang haq, maka berbalik jalan kamilah ke tempat asalnya.

Kemudian arkian jembatan kayu telah dilalui kami, maka tampaklah sebuah telaga air hitam, iaitu kolam comberan yang mahabesar, dikelilingi padang pasir hitam, dan diujung sana tampak rumah rumah dan juga jalan raya yang dilalui kereta bermotor.

Niat kami hendak melaju kesana, tetapi muncullah utusan dari madrasah. Ia seorang perempuan yang berkacamata dan lurus rambutnya serta berbaju hitam, iaitu zaket, dan ia tampak seperti anak ipa delapan, dan itulah kenyataan yang hakiki.

Ia membawa pesanan dari para guru madrasah, iaitu pesanan hendak menghukum orang yang nakal, disertai jugalah rakaman suara kata kata kasar.

Arkian dibujuk Janu dan gerombolannyalah perempuan itu supaya mahu ikut dengan gerombolan untuk bermuhibbah menuju jalan raya, iaitu bersama juga gerombolan penulis.

Maka berjalan kamilah semua sedang perempuan itu ada dibelajang gerombolan Janu, dan dibahagian depan ada Izzan, Ami, dan pemuda HKPI, sedang penulis ialah pemuda HKPI.

Tammat


Maka penulis hendak memberitahu kepada fihak perempuan tersebut, bahawa ia sangatlah serupa dengan tokoh antagonis yang selanjutnya bertaubat di filem GI Joe, jika fihak anda sudah menontonnya.

You Might Also Like

0 komentar

Pos Masyhur

Facebookna di-add nya!

instagram