Hikayat Seleksi

05.47

Diriwayatkan bahwa sesiapapun orang yang dapat menamatkan cerita ini sampai khatam, maka doa-doanya akan dimaqbul semuanya, beserta disingkapnya hijab rahsia jodohnya. Apabila tak dapat, hendaknya membacakan doa yang tadi teruntuk penulis tulisan ini, amin.

Alkisah, pada hari itu diadakan osislah sebuah sayembara, hendak mencari golongan cerdik nan bijak supaya menjadi pengurus nan baru. Apabila sudah angka delapan ditunjuk jarum nan pendek, berkumpul pesertalah yang hendak beradu di ruangan, iaitu ruangan yang mahal benar harganya, iaitu 500 dinar, dan itu sebenar benarnya taksiran.

Sayembara itu ialah melalui sesuatu perumpamaan yang berupa tipu daya. Perumpamaan itu ialah " Hendaknya kalian membuat pelaksanaan Classmeeting, iaitu yang pertama buatlah kepanitiaan. Arkian, masing masing panitia tadi hendaknya berunding dengan kami. Dan bilamana selesai maka hendaknya kalian mengumpulkan seluruh qirthas bersyarat pada wakasek, iaitu Aufar. Arkian maka laksanakanlah apa yang dititahkan iaitu Classmeeting dan semesta alat yang kalian butuh ada di ruang ini, sedang kami semua ialah peserta..." Begitulah ucapan dari lisan Fadil, maka itulah jadinya.

Maka jadilah penulis ini seorang wakasek dengan perinya. Beringar oranglah hendak menuliskan surat izin diatas qirthas sesuai dengan petuah para sesepuh. Adapula rang yang mengambil peralatan daripada ruangan gudang, sedang belumlah mereka meminta izin pada sang wakasek, tetapi wakasek inu ialah orang yang sangat berbudi luhur dan dizinkanlah mereka melalui batinnya, sedang lisannnya tak bergerak dan syaraf lidahnya tiada sedang bersinapsis. Sampailah dimana diibaratkan hari H lalu para sesepuh iaitu yang ditamsilkan sebagai peserta mendobrak pintu.

Sebagai rang yang diguna gunai jin nan kecik, maka terdobraklah pintu itu. Hatta wakasek ini belumlah menerima surat izin yang di atas qirthas, acara perumpamaan itu dimulai oranglah. Lalu para sesepuh bersemut semutan hendak menuju sang wakasek, iaitu penulis sendirian, dan bertemu dengan qirthas yang belum diberi tanda izin, sedang acara itu sudah siap.

"Kemanakah Proposal kalian lah buat!! Aaaaakh! (Mana proposalnya!!)," berucaplah Nahda macam sesepuh yang setahun lalu. Arkian wakasek menjawap, "Janganlah kau berusuh rusuh dan merosak kedamaian disini! (Gandeng woy!)." Lalu acara perumpamaan itu dimulai oranglah, dan acara itu ialah lomba bulutangkis, dan qirthas perizinan baru penulis tandatangani.

Kemudian sesuai dengan tamsilnya, maka keluar penulislah dari ruangan nan 500 dinar lalu jadilah peserta sahaja, sedang mereka mengetahui. Disana itu diusahkan sesepuhlah agar terjadi suatu kegoncangan, supaya mereka menjadi termasuk golongan orang yang berbingung ria. Ada sang Wibi yang lakunya sekedar menyimpan cahaya kedalam telepon nan genggam, serta melanggar garis tanah lapang padahal nuraninya tidak begitu, sesungguhnya ia orang yang suci hatinya dan itu menurut penglihatan yang zahir sahaja, entah menurut yang ghaib. Sedang penulis bilamana hendak berbuat gaduh, maka melaporlah orang padanya perihal kerusuhan yang terjadi sebab fikirnya yang dihadapnya ialah sang wakasek.

"Ketahuilah, bahwasanya wakasek itu hanyalah Pa Uus semata, sedang aku ini hanya perumpamaan belaka! (Ieu teh geus lain Pa Uus deui!)"Kemudian sadarlah mereka hal kesesatan mereka selama barusan. 

"Jika begitu, maka kami hendak menindak engku! (Ya udah, kakak kami tangkap saja!)". Arkian penulis ini disuruh menyisih ke pinggir. Sedang saat itu Sepi dan Fadil mendapat giliran untuk bermain, tapi mereka tiada mahu mendengar. Kemudian didatangilah mereka yang berdua itu untuk bermain, sedang Raket pemukul itu sudah dibawa oleh Nahda. 

"Hai muda!, macam mana cara bermain bila tiada raket!(Mana euweuh raketnya?)"

"Sebentar, sedang dicari lagi", lalu muncullah makhluk zahiriyah yang tampak dirasuki makhluk ghaib siluman ekor sembilan meracau di tengah lapang nan bergaris.
"Bilamana aku ini akan bermain!", rupa rupanya makhluk itu ialah sang Indah. Lalu apabila Indah datang, menghilang Fadillah hendak keluar kerana bosan.

Kemudian dicegat oranglah Fadil ketika ada di Pintu, dan disisih. Maka saat itu yang bermain hanyalah Indah dan Sepi, sedang mereka itu tiada pula bermain bulutangkis malah bermain jempol. Tersibaklah hijab kegusaran hati mereka akan hal kerusuhan tersebut, dan dihamburkanlah sampah sampah oleh Nahda laksana siksa neraka..

Dibersihkanlah lapang nan bergaris itu daripada sampah dengan menggunakan sesapu. Sedang papan skor itu sudah dicuri oleh Irwan dan dicoreti oleh Penulis.

"Turunkan harga BBM!"

Bertambah tambah jua kegusaran hati mereka, arkian ada jua panitia yang tiada malu berteriak teriak. Adapun Wibi yang bijak, ia sedang merenung menghadap telepon genggam di tengah lapang nan bergaris. Lalu diusir oranglah ia.
Kemudian muncullah seorang dari timur, masuk kedalam menggunakan zaket, bukan kabinet, iaitu zaketnya ipa 6 dahulu, dan ia bernama Openg dalam perumpamaan dari madrasah 2 seberang.

Kerusuhan sampailah pada titik jununnya, gelap rasa ruangan kerana lampu tiada jua dinyalakan, panas rasa ruangan kerana penghalau panas itu tiada, dan itu hanyalah pertanda hari lah siang. Sesungguhnya titik junun itu ialah apabila Sepi berpingsan di tengah lapang nan bergaris, lalu rusuh.

Bilamana rusuh jadilah, maka terbukalah hijab menuju dunia luar, pergi dari dunia tamsil yang fana ini. Keluarlah penulis, Fadil, dan Irwan dari ruang 500 dinar dengan berlari lari sebagai Ertuğrul dan dua pengikutnya. Sampailah mereka bertiga ke depan jalan ipa delapan, maka bertemulah mereka dengan Zabar yang sedang berdua. Iaitu berdua dengan perempuan berkacamata yaitu yang ada di Hikayat Mimpi, bila kamu sudah faham.

"Zabar! Sedang apa engku disitu? (Cie Zabar.. Cie..)". Penulis bertanya padanya, sedang penulis ini sedang berumpama berlari dari syaithon, maka jawaban Zabar itu tiada jua terdengar akan tetapi wajahnya bingung. Kudoakan kalian berdua cepat saja menikah, dan adakanlah walimah nan besar, secara maknawi iaitu banyak dengan pangan, supaya bisa menambah, dan hendaknya itu asalnya dari Kesultanan Jogjakarta dan adakan tiket kereta yang percuma, amin.

Arkian kami bertiga berlari bertelanjang kaki, bukan maksud untuk tidak riya akan sepatu, tapi kerana ketinggalan. Bilamana dilihat ramai orang, maka muncullah peri syajaah, iaitu perinya para wali, walaupu  sekedar untuk dituliskan sahaja di sini. Lalu kami bertiga dengan lepasnya kembali ke ruang 500 dinar, supaya dapat mengembalikan tamsil dan menghentikan kerosakan.

----------------------------------- Halaman Hilang ----------------------- Halaman Hilang ---------------------------------
-------------------(++++++++++++++++)---------++++++++++-++++++++-------------------------------------@-----

Sampailah senja hari, para sesepuh berkumpul hendak bersilat lidah perihal acara menginap di hutan. Arkian sudah berkumpul segala sesepuh itu, maka berkisahlah Nahda bahwa ia telah ditampakkan makhluk nan ghaib, sedang ia sangat berperasaan tinggi tinggi sekali. Adakah makhluk ghaib di madrasah 2 cimahi ini? Maka jawabnya ialah betul kerana banyak ditemukan bermacam kurnia Tuhan berupa bakteri bakteri yang ghaib, sedang yang ghaib itu tiada dapat dilihat dengan mata zahir.

Apatah makhluk ghaib yang tampak di depan wajah Nahda itu ialah sekumpulan bakteri? Tentulah Bukan wahai kawan

Sekian,
25/10/2015 13:42


You Might Also Like

0 komentar

Pos Masyhur

Facebookna di-add nya!

instagram