Hikayat Alimulhadi Pasal 1

01.32

Tersebutlah kemasyhuran negeri Farisiyah yang bilamana nama negeri itu disebut oranglah maka pendengar suara itu akan terkesima jadinya sebab mereka itu bingung dimanakah negeri Farisiyah itu. Sesungguhnya negeri Farisiyah itu ialah negeri yang tak nampak di penglihatan zahir manusia yang awam belaka tetapi ia itu bukanlah negeri para siluman melainkan negeri yang sekedar persangkaan penulis sahaja. 

Apabila datang awal tahun maka berkumpulanlah para saudagar dan musafir dari negeri nan jauh. Ramai jadilah pelabuhan Muaro Talang pada hari itu. Sebermulanya pelabuhan itu hanyalah sekedar pantai biasa, apabila datang awal tahun barulah ia berganti isim menjadi pelabuhan Muaro Talang. Pada pelabuhan itu jua hendak datang musafir dari negeri nan jauh yang masyhur namanya yaitu Alimulhadi yang bilamana orang bertanya mestilah dijawab, walau bukanlah pertanyaan itu dijawab Alimulhadi.

Ia menumpangkan kepada kapal speedboat hingga disampaikannylah ia ke negeri Farisiyah. Disambut oranglah ia apabila sampai di pelabuhan, bertanya ia kepada orang Bedawi yang ada. "Tuan, dimanakah rumah nan kosong di dekat sini?". Maka cakap Bedawi, " Marilah hamba hantarkan saja Tuan, supaya tiada sesat jalan tuan mulia".

Arkian pergilah Alimulhadi bersama Bedawi itu kepada Juragan rumah yang tiada pula kau akan kenal, iaitu bernama Mbah Cukup. Bercakaplah Mbah Cukup itu, "Hai Bedawi, siapakah gerangan musafir ini?", maka jawabnya " Namanya ialah musafir juragan". Maka menjadilah marah juragan Mbah Cukup itu pada bedawi hingganya ia ambil gitar dan mulai memainkan.

Maka kata Alimulhadi, "Nama saya hadi". Lalu Juragan barulah ia tersadar bahwa yang ada dihadapnya itu ialah ahli hikmah dari negeri nan jauh, arkian dia hentikanlah memainkan gitar. Disambutkan oleh juragan Mbah Cukup itu supaya Alimulhadi menjadikan senang dalam kalbu. Diberikan juraganlah sebuah rumah nan besar, dalam rumah itu jua diadakan juragan TV LED dan jua kipas angin serta selengkap lengkapnya furnitur.

Bersyukur Alimulhadi kepada Allah, akan di asal lahirnya itu tiada sesuatu barang yang sebagai itu. Bukan sekedar perihal furnitur, hingga dilihatnya juragan itu bersenang hati, arkian itu ia bermain gitar. Padahal telah mulailah azan asar.

"Hai juragan!, marilah tuan pergi bersama hamba ke mesjid sana". Maka jawab juragan, "Hai Alimulhadi, sesungguhnya sudah solatlah aku dari sejak satu hari yang lalu sebanyak sepuluh kali, maka tiada perlu aku bersusah hari ini". Terhenyaklah fikiran Alimulhadi, " Mana boleh juragan". Maka pergilah Alimulhadi daripada rumah juragan Mbah Cukup lalu berangkatlah ia ke mesjid Nurul Ihsan.

Pergilah Alimulhadi ke sana, disambut oranglah ia supaya ia dijadikan imam di sana. Maka jadilah ia mengimami solat. Bada solat asar itu, bercakap cakaplah orang dengannya perihal rumus kimia daripada karat besi, dijawablah "Sebenarnya rumus itu ialah Fe²O³, maka apa pula keperluan kalian untuk itu?". Maka jawab orang mesjid,"Fihak Farisiyah itu hendak meluaskan wilayah ke planet marikh". Terkejutlah Alimulhadi sebab dimana mana negeri ia kunjungi belumlah pernah ia temui negeri macam Farisiyah ini.

Arkian baliklah ia ke rumah juragan Mbah Cukup dan berbuatlah ia suatu siasat. Malam hari ia memasak nasi lemak banyak banyak, ia ajak jua pembantu juragan supaya ikut siasatnya. Diberitahukanlah kepada pembantu juragan perihal rencana siasat itu dan supaya janganlah dibagitahu kepada juragan. Lepas solat isya, sedialah masakan nasi lemak dan lauknya, diatur sebaik baiknya oleh Alimulhadi.

Juragan datanglah ia ke depan masakan itu sambil terheran heranlah ia. "Makan lah wahai tuan", ucap pembantu dengan lagak baik supaya tidak diketahui siasat itu. Tamak benar juragan Mbah Cukup itu hingga bertambahkan nasi berlebih lebih sehingga setimpal dengan makan yang tiga kali. Lepas itu, tidurlah mereka semua dan jalanlah siasat Alimulhadi.

Bangunlah sang juragan tamak itu, kemudian hendak menjalankan kebiasaan manusia yang umum iaitu makan pagi sebab ia lapar dan jikalau tidak makan pagi matilah ia -macam herp saja kau-. Pergilah ia ke tempat makan, akan tetapi bersih kosong itu meja makan, dipanggilnyalah sang pembantu perihal itu.

"Hai pembantu kenapa engkau tidak buatkan aku makan?!", maka dijawabnyalah juragan, "Inilah perintah dari tuan Alimulhadi". Maka merahpadamlah wajah sang juragan Mbah Cukup sebab ia itu lagi marah, teriaklah ia memanggil nama Alimulhadi. Datanglah Alimulhadi dikarenakan diteriakkan oleh Juragan Mbah Cukup.

"Hai Alimulhadi! Kurang ajar benar kau, sudah kuberi tempat malah kau larang pula aku makan?"
Jawab Alimulhadi "Kenapa pula kau hendak makan? Tadi malam kau sudah makan sampai bertambah tiga kali, maka hari ini kau tak usah makan lagi tiga kali". Ditertawakanlah juragan oleh pembantunya dan Alimulhadi, maka makin marahlah sang juragan. "Mana boleh!" Cakap sang juragan sambil ia marah marah, maka dijawablah oleh Alimulhadi, "Kenapa juga kau kemarin tidak solat lagi?, tapi malah perkara makan kau malah berbeda faham? Kalau kau kemarin tidak solat baiknya jua kau tidak makan hari ini".

Habislah alasan dari sang juragan dan tampaklah bijaknya Alimulhadi. Arkian kesallah sang juragan hingga ia hendak mengusir Alimulhadi dan sang pembantu. "Hai kalian semua, pergilah dari rumahku ini! Kau semua hanya sekedar mengganggu saja bagi aku!". Maka pergilah Alimulhadi bersama sang pembantu meninggalkan sang juragan, sedang sang juragan itu masih kesal lagi, dan Alimulhadi masih senang lagi.


Tammat.


You Might Also Like

0 komentar

Pos Masyhur

Facebookna di-add nya!

instagram